Sunday, 2 December 2012

Matematik Tahun Satu: Wang Hingga RM10


Topik ini bertujuan untuk memperkenalkan bentuk dan rupa wang Ringgit Malaysia kepada anak-anak murid. Mereka akan dibimbing untuk mengenal pasti ringgit dan sen supaya mereka berkemampuan untuk mewakilkan nilai wang bagi sen hingga RM1, dan ringgit hingga RM10. Mereka juga diajar untuk menukar wang bagi syiling hingga RM1, dan ringgit hingga RM10.

Di samping itu, murid-murid juga akan dibimbing untuk melakukan operasi tambah dan tolak yang melibatkan wang. Operasi ini akan merangkumi nilai dari sen hingga RM1, dan ringgit hingga RM10.

Murid-murid diharapkan agar dapat mengaplikasikan pembelajaran yang diajar di dalam kelas dalam dunia sebenar. Mereka diggalakkan menggunakkan ilmu yang dipelajari di mana-mana seperti pasar bersama ibu, kantin sekolah dan rumah.

Gambar-gambar di bawah adalah contoh wang syiling dan kertas yang ditunjukkan kepada murid-murid di dalam kelas. Pada masa yang sama, mereka juga diajar cara memanggil nilai wang tersebut.

RM1 juga dikenali sebagai Seringgit Malaysia.



RM10 juga dikenali sebagai Sepuluh Ringgit Malaysia.

Gambar rajah di atas menunjukkan syiling-syiling yang digunakan di Malaysia  serta labelnya.



Video berikut adalah pengenalan kepada wang kertas dan syiling Malaysia;


Secara kesimpulannya, pengenalan kepada wang ringgit Malaysia memberi satu peluang kepada anak-anak murid untuk melatih operasi tambah dan tolak dan mengingati rupa bentuk wang.

Saturday, 24 November 2012

Matematik Tahun Satu: Pecahan


Objektif pembelajaran pecahan adalah untuk membimbing murid untuk mengenal pasti konsep satu perdua dan satu perempat. Anak-anak murid akan diperkenalkan dengan perkataan baru seperti “setengah”, “separuh” dan “suku” melalui pembelajaran dalam topik ini. 

Pecahan bertindak sebagai teknik asas atau akar tunjang kepada pembelajaran topik lain seperti "Wang", "Masa dan Waktu", "Panjang" dan sebagainya. 

Murid-murid akan diperkenalkan dengan nombor pecahan yang mudah memandangkan mereka hanya berumur 7 tahun. Oleh itu, pecahan yang diajar sentiasa bermula dengan "satu per - ".

Gambar-gambar di bawah adalah contoh pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas;

Murid-murid dibimbing cara-cara memanggil atau membaca pecahan.




Pembelajaran berpandukan gambarajah juga diajar untuk menambah minat murid-murid terhadap matematik.




Video berikut menunjukkan contoh bagaimana pembelajaran Pecahan kepada murid-murid boleh dijalankan;


Dengan pendek kata, pembelajaran matematik yang berpandukan gambar rajah dan animasi mampu mempercepatkan pembelajaran anak-anak murid Tahun Satu.

Monday, 19 November 2012

Matematik Tahun Satu: Tambah dan Tolak


Tujuan pengajaran operasi tambah dan tolak adalah untuk memastikan murid-murid dapat mengenal pasti pasanagan nombor untuk membentuk satu nombor yang berkaitan. Murid-murid darjah satu masih baharu dengan pengiraan, oleh itu guru akan membimbing mereka dalam mengenal symbol tambah dan tolak, pengiraan melibatkan penambahan dan penolakan dalam lingkungan 100, dan membina dan menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi cerita bagi operasi tambah dan tolak.

Gambar-gambar berikut menggambarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kelas;






Cara-cara pengiraan yang boleh membantu pengiraan murid-murid adalah seperti menggunakan jari (jikalau kurang daripada 10) dan menambah dari tempat 'sa' ke 'puluh', iaitu dari kiri ke kanan. 





Anak-anak murid boleh menggunakan jari untuk pengiraan tolakan jikalau nombor tersebut adalah kurang daripada 10. Tetapi, pengiraan yang melibatkan nombor yang lebih besar seperti 39, 17 dan 15, mereka digalakkan untuk menolak daripada 'sa' ke 'puluh'. Jikalau nilai 'sa' adalah lebih kecil daripada nombor yang hendak ditolak, 'pinjaman' daripada tempat 'puluh' boleh dibuat. Teknik pinjaman dalam operasi tolak adalah penting kerana ia adalah asas kepada teknik penolakan matematik.

Video-video di bawah menunjukkan aktiviti yang boleh dijalankan di dalam kelas untuk memudahkan pembelajaran;






Pengiraan berpandukan gambar rajah digunakan untuk memudahkan pembelajaran anak-anak murid yang masih baru dengan matematik.

Sebagai kesimpulannya, operasi tambah dan tolak adalah penting dalam teknik asas pengiraan matematik.

Saturday, 10 November 2012

Matematik Tahun 1: Nombor Bulat Hingga 100



Murid-murid Tahun 1 diperkenalkan dengan nombor bulat bermula dari satu hingga 100. Ini bertujuan untuk memastikan murid-murid berkemampuan untuk menyatakan kuantiti secara intuitif, menama dan menentukan nilai, menulis nombor, melengkapkan sebarang rangkaian nombor  dan menentukankan nilai tempat bagi nombor. Pengetahunan dalam teknik asas ini adalah penting dalam pengiraan matematik dalam masa depan.

Berikut adalah contoh soalan bagi Topik Nombor Bulat bagi Matematik Tahun Satu;







Video berikut menunjukkan pembelajaran dari nombor satu hingga satu ratus;





Dalam kata pendek, latihan-latihan asas ini mampu mendedahkan murid-murid kepada teknik pengiraan asas seperti mengira, menama dan menyatakan kuatiti dan mengenal pasti nombor tersebut dalam digit dan perkataan.