Tujuan pengajaran operasi tambah dan tolak adalah untuk
memastikan murid-murid dapat mengenal pasti pasanagan nombor untuk membentuk
satu nombor yang berkaitan. Murid-murid darjah satu masih baharu dengan
pengiraan, oleh itu guru akan membimbing mereka dalam mengenal symbol tambah
dan tolak, pengiraan melibatkan penambahan dan penolakan dalam lingkungan 100,
dan membina dan menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi cerita bagi
operasi tambah dan tolak.
Cara-cara pengiraan yang boleh membantu pengiraan murid-murid adalah seperti menggunakan jari (jikalau kurang daripada 10) dan menambah dari tempat 'sa' ke 'puluh', iaitu dari kiri ke kanan.
Anak-anak murid boleh menggunakan jari untuk pengiraan tolakan jikalau nombor tersebut adalah kurang daripada 10. Tetapi, pengiraan yang melibatkan nombor yang lebih besar seperti 39, 17 dan 15, mereka digalakkan untuk menolak daripada 'sa' ke 'puluh'. Jikalau nilai 'sa' adalah lebih kecil daripada nombor yang hendak ditolak, 'pinjaman' daripada tempat 'puluh' boleh dibuat. Teknik pinjaman dalam operasi tolak adalah penting kerana ia adalah asas kepada teknik penolakan matematik.
Video-video di bawah menunjukkan aktiviti yang boleh dijalankan di dalam kelas untuk memudahkan pembelajaran;
Pengiraan berpandukan gambar rajah digunakan untuk memudahkan pembelajaran anak-anak murid yang masih baru dengan matematik.
Sebagai kesimpulannya, operasi tambah dan tolak adalah penting dalam teknik asas pengiraan matematik.
Gambar yang menarik memang dapat menarik perhatian murid .
ReplyDeleteSememangnya begitu. Ia dapat menarik perhatian anak-anak murid di samping menanam minat terhadap subjek ini.
ReplyDeleteHebat dan menarik sungguh blog anda. Tahniah!!
ReplyDeleteTerima kasih atas pujian anda. :)
ReplyDeleteblog cikgu cantik dan menarik
ReplyDeleteTahniah...
ReplyDelete