Topik ini bertujuan untuk memperkenalkan
bentuk dan rupa wang Ringgit Malaysia kepada anak-anak murid. Mereka akan
dibimbing untuk mengenal pasti ringgit dan sen supaya mereka berkemampuan untuk
mewakilkan nilai wang bagi sen hingga RM1, dan ringgit hingga RM10. Mereka juga
diajar untuk menukar wang bagi syiling hingga RM1, dan ringgit hingga RM10.
Di samping itu, murid-murid juga
akan dibimbing untuk melakukan operasi tambah dan tolak yang melibatkan wang.
Operasi ini akan merangkumi nilai dari sen hingga RM1, dan ringgit hingga RM10.
Murid-murid diharapkan agar dapat
mengaplikasikan pembelajaran yang diajar di dalam kelas dalam dunia sebenar.
Mereka diggalakkan menggunakkan ilmu yang dipelajari di mana-mana seperti pasar
bersama ibu, kantin sekolah dan rumah.
Gambar-gambar di bawah adalah contoh wang syiling dan kertas yang ditunjukkan kepada murid-murid di dalam kelas. Pada masa yang sama, mereka juga diajar cara memanggil nilai wang tersebut.
RM1 juga dikenali sebagai Seringgit Malaysia. |
RM10 juga dikenali sebagai Sepuluh Ringgit Malaysia. |
Gambar rajah di atas menunjukkan syiling-syiling yang digunakan di Malaysia serta labelnya.
Video berikut adalah pengenalan kepada wang kertas dan syiling Malaysia;
|
Secara kesimpulannya, pengenalan kepada wang ringgit Malaysia memberi satu peluang kepada anak-anak murid untuk melatih operasi tambah dan tolak dan mengingati rupa bentuk wang.
thanks for sharing
ReplyDeletebagus. penerangan yang jelas .
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian anda
ReplyDeleteInformasi yang kamu beri membantu murid saya memahami wang kertas Malaysia yang baru.
ReplyDeleteBlog yang dapat membantu murid memahami isi pelajaran.
ReplyDelete
ReplyDeleteSaya dapat menambahkan pengetahuan baru melalui blog cikgu.
Hello Cikgu.
ReplyDeleteTahniah cikgu. Berinformasi dan banyak ilmu yang bermanfaat yang dapat dikongsi bersama. Teruskan cikgu. Blog cikgu menarik untuk aktiviti p&p. Terima kasih cikgu diatas perkongsian ilmu ini :)
memang memberi manfaat kepada saya. terima kasih
ReplyDelete